Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tahan 2 buah lori Gardenia yang terkandas dalam perjalanan akibat banjir di Terengganu.. Perhh.. Ahmad Said arahkan pemandu lori roti Gardenia tu supaya agihkan roti2 tersebut kepada mangsa banjir yang ada berdekatan tapi pada mulanya dua pemandu itu enggan berbuat demikian. Jom tengok apa cer yang berlaku.
- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad
menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia
mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang
kelaparan.
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan
Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan
itu. Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak
kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu
lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut.
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad
kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala
Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur,
Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti
tersebut. Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial. sinarharian
-- Nadia Annuar TV3 Putus Cinta Sammy Simorangkir Kerispatih Kerana Perbezaan Agama (Gambar)
-- Aril AF Nikah Pramugari Puteri Erma Edlinda Di Wakaf Che Yeh 20 Disember (Gambar)
-- Kad Kahwin Che Ta Dan Zain Saidin (Gambar)
-- Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!