Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih
dikenali sebagai 'nasi ganja' di Jalan Yang Kalsom diarah tutup
selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang
ditetapkan. Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman
Ismail itu berkuat kuasa mulai Khamis sehingga 28 November.
Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya
Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.
Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran
penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada
kesihatan orang awam.Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, kedua-duanya sekali. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan
ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi
dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. bernama
-- Gambar Anak Kedua Marion Caunter Dan SM Nasaruddin
-- Rozita Che Wan Bercuti Di Paris (Gambar)
-- Perkahwinan Intan Azura Dan Wan Rashdan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!