Kurang seminggu sebelum sempat menyambut ulangtahun pertama
perkahwinan, pasangan muda Nor Fazira Saad, 13 dan Mohd Fahmi Alias, 20,
disahkan bercerai dengan talak tiga pada 11 November lalu di Mahkamah
Syariah Kulim. Nor Fazira berusia 12 tahun ketika dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 20 tahun.
Memetik laporan Harian Metro, bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 43,
berkata, beliau menerima kenyataan berkenaan walaupun pahit dan
menganggap bukan jodoh anaknya untuk kekal di alam perkahwinan. Saad turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui punca sebenar
keretakan rumah tangga anaknya itu kerana Nor Fazira tidak banyak
bercakap mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Buat masa ini, Nor Fazira tinggal bersama bapa saudaranya di Padang Serai untuk menenangkan fikiran. Harian Metro turut melaporkan kegagalan untuk menghubungi keluarga Mohd Fahmi untuk mendapatkan maklum balas.
Nor Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12
tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a)
Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid Kampung Padang
Cina dengan mas kahwin RM1,500 serta wang hantaran RM4,552 pada 17
November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di
bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012. amazingnara
-- Perkahwinan Siti Maryam Mahmod Pelajar 14 Tahun Dan Abdul Manan Othman, Guru
-- Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun (Gambar)
-- Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
-- Yasmin Hani Bersalin Anak Lelaki (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!