Saya tak sangka ayah akan tunaikan hajat untuk menghadiahkan kereta Mini
Cooper kepada saya,” kata pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Siti Nur Fatini Zulaika Zukila, 12. Anak pembekal ayam di Kota Bharu itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan
Zainab 1 Kota Bharu Kelantan, memperoleh keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran yang
diduduki dalam peperiksaan UPSR, diumumkan semalam.
Menurutnya, hadiah itu anugerah istimewa baginya kerana sebelum ini dia
pernah menyatakan minatnya terhadap kereta tersebut yang kelihatan
comel dan menarik kepada bapanya, Zukila Deraman, 36, dan ibunya, Nor
Aishah Mahmud, 31.
“Ayah beritahu saya, jika saya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR, dia janji untuk hadiahkan kereta tersebut.“Memang pada mulanya seperti tidak percaya dan tidak sangka impian
untuk memiliki kereta idaman tercapai selepas memperoleh keputusan
cemerlang dalam UPSR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di
kediamannya di Taman Tanjung Chat.
Anak sulung daripada empat beradik ini bercita-cita menjadi juruterbang
dan berhasrat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM). “Insya-Allah, mungkin enam tahun lagi apabila saya dapat lesen memandu, saya akan pandu sendiri kereta kesayangan saya ini.
“Ayah dan ibu banyak bagi semangat untuk saya belajar. Mungkin hadiah
ini agak pelik bagi saya yang baru berusia 12 tahun tapi inilah
pendorong semangat untuk saya berjaya dan berharap akan terus capai
keputusan cemerlang di peringkat menengah nanti,” katanya. sinarharian
-- Aien Kembar Ekin Mawi Bersalin Anak Kembar (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!