Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 15 buah bus untuk
mengangkut penumpang yang terkandas akibat tren Komuter tergelicir
berhampiran stesen Rawang pagi Jumaat. Jurucakap KTMB, berkata bas berkenaan adalah untuk mengangkut penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh.
Wakil KTMB itu menjangkakan gerabak tren Komuter yang tergelincir
dekat stesen Rawang pagi tadi dijangka dapat dialihkan sepenuhnya
menjelang pukul 10 malam Jumaat. "Insya-Allah, semuanya akan selesai menjelang pukul 10 malam. Hampir
70 peratus kerja-kerja pengalihan selesai," kata Pengurus Wilayah Tengah
KTMB Md Rosli Md Nor kepada pemberita.
Beliau berkata kira-kira 60 kakitangan KTMB terlibat dengan
kerja-kerja pengalihan gerabak yang tergelincir dari landasan sejak
pukul 10 pagi. Md Rusli bagaimanapun enggan mengulas punca yang menyebabkan tren
Komuter itu tergelincir, sambil menambah perkara tersebut masih dalam
siasatan.
Pada kira-kira pukul 10.15 pagi Jumaat, tren Komuter Electric
Multiple Units (EMU) yang mempunyai tiga koc tergelincir daripada
landasannya ketika dalam perjalanan ke stesen Serendah. Insiden itu berlaku kurang daripada satu kilometer arah utara dari Stesen KTMB Rawang.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan semua 120 penumpang dalam tren berkenaan selamat. Jurucakap KTMB itu berkata penumpang tren Komuter yang sedang dalam
perjalanan ke arah utara melalui Tanjung Malim dipindahkan dengan
menaiki bas di Rawang sebelum mereka di Stesen Serendah.
Sementara mereka yang dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Kuala
Lumpur pula perlu menaiki bas di Serendah dan sebelum turun di Rawang. Bagi penumpang ETS ke Ipoh pula mereka perlu menaiki bas di Rawang
yang akan membawa mereka meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim.
Sementara penumpang ETS ke Kuala Lumpur pula perlu melakukan perkara yang sama dengan menaiki bas dari Tanjung Malim ke Rawang.
"Kami memohon maaf atas insiden yang berlaku. Kita berharap penumpang
dapat meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan kami dan Selamat
Menyambut Hari Deepavali serta selamat bercuti," kata jurucakap
berkenaan. mstar
-- Flat Kerinchi PKNS Terbakar (Gambar)
-- Cheryl Samad Bersalin Anak Perempuan (Gambar)
-- Rozita Che Wan Bercuti Di London (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!