Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih empat
jam di atas Jambatan Pulau Pinang pagi ini apabila sebuah lori membawa
tong gas terbalik. Jurucakap Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) berkata lori yang terbalik di Km
1.3 menghala ke tanah besar itu menyebabkan dua daripada tiga lorong di
atas jambatan berkenaan terhalang.
"Hanya satu lorong laluan menuju ke Perai dibuka dan ekoran itu berlaku
kesesakan teruk di semua laluan masuk jambatan dari Lebuhraya Tun Dr
Lim Chong Eu, Gelugor dan Bayan Lepas," katanya ketika dihubungi di
sini. Beliau berkata lori yang terbalik pada pukul 10.30 pagi itu berjaya
dialihkan pada pukul 2 petang dan keadaan trafik di atas jambatan sudah
beransur pulih.
Insiden itu menyebabkan pemandu lori tersebut mengalami cedera ringan, katanya. Tinjauan Bernama setakat tengah hari tadi mendapati trafik sesak
sepanjang lima kilometer sehingga ke kawasan Lebuhraya Jelutong.
-- Kereta Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui Slps 7jam (Gambar)
-- Feri Pulau Pinang Dari Butterworth Ke Port Weld Best Ke?
-- Ayah Buat Seks Dengan Anak Mesej Lucah Tiap Kali Isteri Tiada Di Rumah (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!