Kerajaan Persekutuan telah memilih Model Penggantian Perdana (PRM),
mengubah rancangan awal untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif
dengan Honda Accord. Menurut sumber, Proton telah diberikan lampu hijau untuk meneruskan
rancangan pembinaan model PRM, yang dijangka diumumkan pada Disember.
Difahamkan PRM akan dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton
akan melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi,
sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira
yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer. Bagaimanapun, sumber-sumber berkata Proton mempunyai rancangan lain
dengan Fasa 2 yang melibatkan perubahan yang berlainan terhadap
penampilan dan enjin yang akan dilancarkan pada tahun 2015.
Honda Accord baharu berharga dari RM139,000 ke atas dan PRM yang baharu dijangka berharga lebih kurang sama. Awal tahun ini, kerajaan dikatakan telah memilih Honda Accord
memandangkan Proton tidak dapat menawarkan PRM mengikut masanya untuk
menggantikan model Perdana yang sudah lama. Kerajaan dikatakan telah membuat tempahan awal 350 unit Honda Accord.
Dua minggu lalu, pengurusan Proton iaitu Pengerusi Eksekutif Tan Sri
Mohd Khamil Jamil dikatakan berjaya memujuk kerajaan untuk meneruskan
rancangan PRM. Pemerhati industri berkata Proton akan hilang kepercayaan dari segi
jenamanya jika kerajaan memilih Honda sebagai kereta rasmi yang
digunakan untuk pelbagai acara berprofil tinggi.
Menurut sumber itu, PRM mungkin tidak membawa untung besar kepada
Proton tetapi ia boleh membina pengiktirafan jenama jika dilaksanakan
dengan baik, kerana ia akan menjadi model paling atas dalam pembuat
kereta nasional. Proton Perdana telah dilancarkan pada tahun 1999. Proton masih belum menjawab pertanyaan daripada 'The Star' sehingga kini. mstar
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!