Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A.
Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi
selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang
Rabu.
Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Datuk
SeriIdris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut dan Menteri Besar
Terengganu, DatukSeri Ahmad Said. Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang
juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin PAS Datuk
Husam Musa.
Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu. A. Rahman, 55, meninggal dunia pukul 10.18 pagi Rabu di Hospital
Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan
pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi
hospital itu. Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.
Pada pilihan raya umum ke-13 bulan lepas, beliau mempertahankan
kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti
2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan
exco kerajaan negeri Barisan Nasional. mstar
-- Adun Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru Paru (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
-- Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!