AirAsia buat promosi lagi untuk 10 ribu tempat duduk percuma untuk perjalanan 1-30 April. Tempahan dibuka selama 24 jam mulai 12.01 pagi 15 Februari 2013. Menarik gak tu kan. Tengok sini untuk lebih detail.
- Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000
tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah
dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April. Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota
Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala
Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik
dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam
satu kenyataan. Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepda semua rakyat
Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.
Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan. "Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk
dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang
murah berkenaan," katanya.
Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program 'Integrasi 1Malaysia
dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak. mstar
-- Dr Halina Dan Anak Kedua Sophea Natasha (Gambar)
-- Pierre Andre Dan Nurhidayah Bertunang (Gambar)
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!