Wednesday, January 30, 2013

Steamboat Uptown Yang Diidami

Steamboat Uptown ni memang femes kat sini. Sedap dan murah, kombinasi yang baik dalam amalan pemakanan kan..hehe. Lokasi kedai steamboat ni tepi Balai Bomba SP dan area Kompleks Cayman. Waktu operasi kul 9.30malam ke atas (kata uptown kan) pastu ada weekend je kot ( Jumaat,Sabtu,Ahad).


Biasa singgah sini hari Jumaat or Sabtu (tengok mood la dulu nak kuar jalan2 malam). Tu pun sebab dekat dgn umah dlm 15minit je. Best jugak meronda kat Uptown tu, ada macam2 jualan. Pakaian, tudung, makanan, barangan antik, hiasan rumah n many more lah.

Lepas puas menapak sana sini tu, barulah singgah pekena steamboat ni. Refill tenaga katakan..hehe. Habis dah belasah kat kedai tu sepinggan dua, bungkus bawak balik plak. Nyummy..memang banyak betul makan lately. Doktor yang suruh, nak bt camne kan..ekekeke.

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!