Taufan Sandy membadai Amerika Syarikat since semalam dan telah menyebabkan hampir 10 negeri utamanya diisytihar darurat. Bandar2 utama spt New York dan Washington turut terjejas teruk. Buat kali pertama dlm masa 27 tahun juga Bursa Saham Amerika ditutup. Begitu kuat musibah yg dibawa Sandy Hurricane tu kan. Terdapat hampir 20 ribu rakyat Malaysia yg menetap di US sama ada bekerja juga pelajar. Sama2 kita doakan agar mereka semua terselamat.
Dua artis popular tanah air iaitu Liyana Jasmay dan Juliana Evans
yang kini menyambung pelajaran New York dan Michigan, Amerika Syarikat
berada dalam keadaan selamat ketika bencana alam Taufan Sandy melanda
negara itu.
Kedua-dua artis itu menerusi laman Twitter milik mereka menyatakan
perasaan bimbang dan berkongsi pengalaman berhadapan dengan keadaan
tersebut.
Menurut Liyana Jasmay yang sedang menyambung pelajaran jangka pendek
dalam jurusan pengarahan lakonan di New York Film Academy, situasi di
tempatnya sangat buruk dengan angin yang kuat. Bagaimanapun, dia memberitahu berada dalam keadaan baik dan kawasan kediamannya terletak di zon selamat.
Keadaan sangat buruk, Taufan Sandy dijangka akan melanda kawasan ini,
namun rumah saya berada dalam zon selamat, saya harap semuanya akan
selamat. "Angin kuat, nak masak awal-awal takut bekalan elektrik terputus,
sangat risau dan berdoa kepada Allah sahaja," tulisnya pada Isnin.
Namun tiada sebarang perkembangan terbaru dari Liyana menerusi kemas
kini terakhir pada petang Isnin lalu memberitahu bekalan elektrik
terputus.
Sementara itu, Juliana Evans juga turut mengemas kini status
Twitternya dengan mengatakan kawasan kediamannya di sana berada dalam
keadaan baik. "Saya berada dalam keadaan selamat di sini, berdoa semoga semuanya selamat, Insya-Allah. "Cuaca di sini agak teruk dan hujan, namun saya dengar taufan itu
tidak melanda daerah Michigan, Alhamdulillahlah," tulisnya pada Rabu. Juliana menyambung pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Michigan.
Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan pada Selasa, kira-kira 1,200 pelajar Malaysia berada di kawasan terjejas. Jabatan Pelajar (kedutaan) telah berhubung dengan Pejabat Pelajar
Antarabangsa di universiti-universiti di kawasan itu untuk memastikan
tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan keselamatan pelajar. Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia di Washington dan Konsulat
Jeneral Malaysia di New York melaporkan tidak menerima apa-apa laporan
rakyat Malaysia dalam bahaya. mstar
-- Mee Udang Pulau Sayak Kuala Muda, Sedap Dan Murah
-- (Gambar) Menu Makan2 Birthday Party Hanim Di Aidil Adha
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!