Monday, August 6, 2012

Terjun Dari Pesawat AirAsia Lelaki Dakwa Nampak Hantu

Semlm baca berita ni, tentunya para penumpang pesawat AirAsia tu takut giler kan berhadapan situasi cmtu. Elok je nak fly tetiba ada orang buka pintu kecemasan dan terjun dari kapal terbang yg sedang bergerak bersedia nk berlepas.

-- Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri.


Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang. "Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. kosmo

-- Abby Dan Memey Berbaik, Buka Puasa Bersama Di Rumah Abby (Gambar)
-- Dejavu Di Kinabalu Episod Akhir Sinopsis
-- Pernikahan Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Liyana Di Masjid Al Mukarramah Sri Damansara
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

2 comments:

  1. uishhh nakut aje ..
    biar benar tuu
    dia staff air asia jugak kan
    huhuh

    ReplyDelete
  2. ye ker...???? perasaan je kot...dia kan staff kat air asia juga x kan x tau procedure x blh nak keluar dr pesawat last minute mcm tu....

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!