Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah bahawa beliau telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy ketika sedang berbulan mandu di Koh Samui, Thailand.
Jimmy, 32, berkata, beliau bertindak demikian setelah kecewa dengan sikap dingin isterinya apabila enggan tidur bersama ketika tiba di destinasi peranginan itu pada 18 Oktober 2010.
Kata Jimmy, sikap dingin Nursuhaila, 26, telah menyebabkan beliau terpaksa menyewa sebuah bilik lain untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehari selepas itu.
“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu. “Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Saharudin Selamat.
Tambah pelakon itu, akibat perselisihan faham semasa percutian berbulan madu tersebut, Nursuhaila telah bertindak keluar dari hotel penginapan mereka tanpa keizinannya dua hari selepas itu (20 Oktober)untuk berlepas ke Bangkok dan dia tidak mengetahui berapa hari isterinya itu berada di bandar berkenaan.
Katanya, Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video. Menurut Jimmy, beliau hanya mengetahui mengenai aktiviti Nursuhaila selepas membaca status menerusi Facebook miliknya yang tertulis; “Aku mai la... “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah... aku nak keluar enjoy hilangkan stress.”
Apabila ditanya oleh peguamnya, Mohd Noor Raizan siapakah wanita yang dimaksudkan dalam Facebook itu, Jimmy memberitahu individu tersebut adalah teman Nursuhaila. Ujar Jimmy, dia hanya bertemu semula dengan isterinya itu di rumah milik mereka di Sungai Buloh kira-kira lima hari selepas pulang daripada Koh Samui.
Jimmy turut memberitahu mahkamah dia dan isterinya jarang berkomunikasi secara lisan sebaliknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. “Macam mana nak bercakap kalau dia tak mahu. Lebih baik SMS,” katanya.
Terdahulu, Nursuhaila yang turut hadir untuk mendengar hujah pihak plaintif pada prosiding berkenaan bersetuju dengan keterangan suaminya selain memberitahu sudah tawar hati terhadap Jimmy.
Pengacara rancangan Trek Selebriti terbitan Astro itu memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari tahun yang sama. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahrah Shanley yang kini berusia kira-kira sembilan bulan. mstar
-- Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Nur Nadia SM Nasimuddin - Idaman Gadis
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!