Sabtu lalu, sepatutnya bintang terkenal Hollywood, Whitney Houston menyambut ulang tahun kelahiran ke-48. Bagaimanapun 11 Februari 2012 menjadi tarikh kematiannya.
Penyanyi kulit hitam yang telah menakluk dunia dengan vokal luar biasa dan kehebatan untaian lagu cinta seperti hit sepanjang zaman, I Will Always Love You itu meninggal dunia pada usia 48 tahun.
Ditemui mati di bilik Hotel Beverly Hilton di tingkat empat pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan), Whitney sebenarnya sedang menunggu untuk sama-sama meraikan Grammy Awards. Malah pada malam sebelum dia ditemui mati. Whitney dilaporkan telah berparti sakan dalam parti Pra Grammy Awards.
Menurut pihak polis Beverly Hills, punca kematian mantan isteri Bobby Brown itu belum dikenal pasti dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan. Ironi, satu dunia tahu bahawa pemilik nama sebenar Whitney Elizabeth Houston itu menghadapi masalah ketagihan dadah yang kronik.
Memulakan karier nyanyian seawal usia 11 tahun dan menghabiskan usia remaja dengan bernyanyi di banyak kelab malam, Whitney mula meraih perhatian dunia saat debutnya yang menggunakan judul Whitney Houston dipasarkan pada tahun 1985. Majalah Rolling Stone misalnya melabelkan Whitney sebagai ‘penyanyi dengan vokal yang mengagumkan tahun ini’ sebaik mendengar album debutnya itu.
Sejak itu dia tidak sukar mendaki tangga kemahsyuran, lebih-lebih lagi dengan berbekalkan lagu-lagu hebat yang dibikin khusus untuknya. Antara hitnya yang menjadi penawar hati lara dan penambah rasa cinta khalayak adalah Saving All My Love for You, Greatest Love of All, Where Do Broken Hearts Go dan Exhale (Shoop Shoop).
Popularitinya terus melonjak apabila menceburkan diri dalam dunia lakonan menerusi filem fenomena The Bodyguard pada tahun 1992. Membawa watak sebagai Rachel Marron, dia berpasangan dengan Kevin Costner dan filem tersebut meledak bukan sahaja kerana popularitinya ketika itu, tetapi juga didorong dengan album runut bunyi yang memuatkan hit I Will Always Love You.
Bagaimanapun kemashyurannya tidak bertahan apabila Whitney sendiri merosakkan reputasinya. Disayang banyak pihak sejak dia menjejak kaki dalam dunia hiburan pada tahun 80-an dan awal 90-an, sikap Whitney mula berubah sekitar lewat 90-an.
Dia mula kerap lewat ke sesi temu bual, membatalkan kemunculan di televisyen pada saat-saat akhirnya, malah tidak hadir ke persembahan yang sepatutnya dihadirinya. Pada ketika itu juga mula bertebaran tentang masalah peribadinya yang dikatakan telah terjerumus dengan najis dadah. Ia akhirnya terbukti apabila pihak imigresen di lapangan terbang di Hawaii menemui dadah jenis marijuana di dalam beg miliknya serta suami, Bobby Brown.
Sejak itu Whitney mula berdepan dengan zaman kegelapan. Kehidupan peribadinya menjadi tunggang terbalik, dia bercerai dengan Brown dan keluar masuk pusat pemulihan dadah juga adalah perkara biasa bagi wanita ini. Malah percubaan untuk mengembalikan zaman kegemilangannya dengan muncul bersama album baharu dan terakhir iaitu I Look To You juga tidak begitu menjadi walau lagu tersebut dianugerahi Muzik Video Terbaik oleh NAACP Image Awards.
Biar bergelut dengan pelbagai masalah dan dugaan sepanjang tahun 2000 hingga 2010, Whitney bagaimanapun masih dianggap penting oleh industri hiburan. Satu-satunya anugerah terakhir yang diberikan kepada Whitney dan memang akan menjadi kenangan selepas pemergiannya yang diterima pada Januari 2011 adalah BET Honors Award for Entertainer sebagai tanda penghargaan terhadap karier luar biasanya sepanjang 25 tahun menjadi artis. kosmo
ada dengar kat berita semalam,
ReplyDeletex sangka kan ...
ReplyDeletesedapp uuu suara dia huhuhu