Penyanyi berbakat besar, Najwa Mahiaddin menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
"Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang ingin kata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada saya tidak berbelah bahagi," ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas AIM 2011 Sabtu.
Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada kedua ibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik. "Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya," katanya.
Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenai dirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amat dicintainya. Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkan anasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.
"Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat," katanya. mstar
-- (Gambar) Majlis Resepsi Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Paroi Negeri Sembilan
-- (Gambar) Mayat Ketua Jurulatih PLKN Maut Kemalangan di Km 6 Jln Lama Papar - Kota Kinabalu Sabah
anak muhyidin ? biar btul
ReplyDeletex thu pulak dia ank tpm..bru thu ni..
ReplyDeleteanak siapa pun dia saya tetap suka :D cantik3
ReplyDeleteLah, baru tahu dia ni anak TPM.
ReplyDelete