Sunday, January 23, 2011

Suami Pramugari MAS Chin Swee Len Percaya Isterinya Mati Krn Sindrom JET LAG

Ramai yg masih tertanya2 punca kematian pramugari MAS Chin Swee Len yg ditemui mati di Hotel Radisson Amsterdam Belanda kan. Namun suaminya percaya dia mati krn sindrom lesu jet ( jet lag). Apa tu jet lag? Jom tgk..


Suami pramugari Malaysia Airlines (MAS) yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas, percaya kematian isterinya disebabkan sindrom lesu jet (jet lag).

Suami mendiang, Cheng Yin Chet, 39, mengesyaki isterinya mengalami keadaan itu semasa mendiang sedang menikmati keindahan bandar Amsterdam dari kawasan terbuka di tingkat 9, hotel tersebut di antara 12 tengah malam hingga 6 pagi (waktu Belanda).

"Sebelum isteri saya ditemui mati, dia ada beritahu saya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bahawa dia mengalami pening kepala atau jet lag," katanya kepada pemberita di rumahnya di Seremban 2 di sini Sabtu selepas tidak berpuas hati dengan pelbagai spekulasi media yang menyelubungi kematian isterinya.

Menurut kamus perubatan, jet lag merupakan satu keadaan yang biasa dialami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.

Sehubungan itu, Cheng yang merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 16 tahun hasil dari perkahwinan itu, menafikan isterinya membunuh diri. "Isteri saya juga tidak bunuh diri dan tidak ada rancangan untuk bunuh diri. Hubungan kami sangat baik, mendiang sempat menghantar sms kepada abangnya di Malaysia untuk menjemput abangnya makan malam di rumah kami sempena sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata, mendiang juga ada menghubunginya dari Belanda meminta Cheng menunggu kepulangannya untuk membeli-belah sempena sambutan perayaan itu. Cheng juga melahirkan rasa kesal kerana ada spekulasi yang menyatakan bilik isterinya berselerak seperti diselongkar sedangkan perkara tersebut tidak berlaku dan wang tunai, kamera serta komputer bimbit milik mendiang masih berada di biliknya dan tidak hilang. mstar

-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar 
-- (Gambar) Bayi 5 Bln Mati Tercekik Bubur Nasi Di Tmn Putra Perdana Puchong 
--  Gambar Kemalangan Maut Atas Jambatan Pulai Pinang 2 Maut 1 Jatuh Ke Laut
-- Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

4 comments:

  1. Saya pernah kena jet lag kerana perbezaan waktu contohnya kalau di Malaysia malam dan Dubai masih siang lagi

    ReplyDelete
  2. bahaya juga kan klu tak biasa naek kpal terbang sbb perbezaan zon wktu sbb memudaratkan...

    psst mama hanim tak tgk design mousepad ?

    meh sini jenguk2 iyer..

    http://uruchimaru-kf.blogspot.com/2011/01/merajuk-dengan-ebay-jadi-saya-nak-jual.html

    ReplyDelete
  3. comei demo tuh noo..ilang sorang staff bekaliber

    jet lag nih mmg x besh lahh..silap2 boleh muntah2 kalu x dpt kontrol uhuk uhuk

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!