Saturday, January 8, 2011

(Gambar) Mangsa Sula Menderita Sakit Di Bandar Tenggara Kulaijaya Johor

Kesian baca artikel nih.. Mesti sakit seksa sgt kan.. Semoga dia terus tabah jalani kehidupan..

KULAIJAYA – Walaupun telah 11 tahun berlalu, mangsa sula, Mohd. Shah Abdul Razak, 23, dari Bandar Tenggara di sini masih menanggung azab kesakitan tanpa ada mana-mana pihak yang tampil untuk membantu membiayai kos perubatannya.

Lebih menyedihkan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima sebanyak RM70 sebulan pada tahun 1999 itu pun telah dihentikan tanpa sebab pada 2002.

"Saya tidak diberitahu kenapa bantuan itu dihentikan tetapi sebagai ibu, saya sanggup ikat perut demi membiayai kos perubatannya. "Sejak suami meninggal dunia empat tahun lalu, saya hilang punca kerana saya ada lima orang anak lagi yang masih bersekolah dan perlu ditanggung,” kata Jamilah Daud, 49, ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Setiap bulan, kata Jamilah, dia terpaksa mengeluarkan kira-kira RM500 bagi membiayai rawatan Mohd. Shah bagi memulihkan kecederaan pada dubur dan kos membeli beg takungan najis.
Sumber: kosmo

-- Bersyukurlah dgn nikmat yg kita perolehi..

10 comments:

  1. issh siannya..lama menderita tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. ish kesiannya ..
    dia kena sula kenapa erkkk ??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ;)
    dia kena sula bakpo ek?

    ReplyDelete
  4. kena hukuman sula ke apa ni? tp kesianlah lame btull menderita.

    ReplyDelete
  5. kurang jelas dgn berita sblm tu..disula atau kena hukum sula...:P

    ReplyDelete
  6. keciannyer...menderita seumur hidup!!

    im following u :P

    Jom singgah: 2011..Rumah Baru!!

    ReplyDelete
  7. Salam tuan rumah dan rakan-rakan, jemput ke blog akak untuk membaca kisah sebenarnya. Klik pada nama-nama mangsa. Jika ada yang sudi, dapatkan novel-novel akak. Seluruh royalti novel itu selama-lamanya akan diserahkan kepada Adik Mohd. Shah dan Adik Hairuman.

    http://eleemardiana.blogspot.com/2011/01/mari-beramal-dengan-saya.html

    http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8653698.asp

    ReplyDelete
  8. cerita mohd shah ni mcm ni : dia kena culik masa umur lebihkurang 12 tahun. orang yg culik sakit mental,tak siuman. si gila babi tu yg sula punggung dia ni !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. kesiannye budak nih.. abeslah life die..:(

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!