Friday, January 14, 2011

Datuk Mohamad Hidhir ADUN Merlimau Diserang Sakit Jantung

MELAKA 13 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dimasukkan ke Hospital Putra di sini hari ini selepas mengalami serangan jantung.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri kini ditempatkan Unit Rawatan Kardiologi (CCU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pemandu peribadinya, Hassan Rahim berkata, Mohamad Hidhir mengadu sakit dada ketika berada di Japerun Merlimau kira-kira pukul 1 petang ini.
“Sebaik beliau mengadu sakit dada, saya terus membawanya ke Hospital Putra untuk membuat rawatan tetapi doktor terpaksa menahannya untuk rawatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, beliau sering mengadu sakit dada sejak pulang dari Taiwan baru-baru ini. Sementara itu menurut jurucakap Hospital Putra, keadaan Mohamad Hidhir dilaporkan stabil sejak dimasukkan ke ICU petang ini. utusan

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!