Mcm2 penyakit yg muncul skang ni. Last week ada kes H1N1 di PLKN, ni kes ayam dgn wabak hawar plak. Pepun, kita semua mesti jaga kebersihan walau di mana saja berada k..
KUALA TERENGGANU – Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar daerah ini mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila ayam ternakan mereka mati sejak seminggu lalu dipercayai diserang wabak hawar. Ayam tersebut pada mulanya menunjukkan tanda-tanda lemah dan paruh berair sebelum mati walaupun telah diberikan ubat.
Seorang penternak, Rosli Embong, 40, berkata, ayamnya mula mati secara berperingkat selepas negeri ini dilanda ribut hujung minggu lalu. “Mula-mula tiga ekor, selepas itu beberapa ekor lagi mati dan saya anggarkan kesemua yang telah mati hampir 100 ekor.
“Kebanyakan yang mati merupakan ayam baka baik yang harganya di antara RM200 hingga RM300 dan ia boleh mencecah ribuan ringgit seekor. “Selepas saya mengesan ayam-ayam ini menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit, saya cuba pelbagai cara termasuk memberi air kelapa dan ubat,” katanya ketika ditemui di Kampung Gong Sentul di sini semalam.
Namun jelasnya, semua cara itu tidak berkesan tetapi kini dia masih berusaha memulihkan beberapa ekor ayam yang masih tinggal supaya tidak terus menjadi mangsa penyakit itu. kosmo
skrg da ade mcm2 penyakit..huhuu
ReplyDelete