Friday, November 5, 2010

(Gambar) Lagi Bas Ekspress Terbabas: 1 Maut Lemas, 2 Parah Di Km 20 Jln Pekan-Nenasi Pekan Pahang

PEKAN 4 Nov: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km 20 Jalan Pekan-Nenasi, malam Khamis.

Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.



Menurut Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam Khamis.

Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: "Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya. Beliau berkata pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985. - mstar

1 comment:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!