KUANTAN – Seorang anggota bomba parah apabila bas ekspres Transnasional yang dinaikinya merempuh sebuah perhentian bas henti-henti sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Km 12, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, Zahari Azmi Zakaria, 22, dari Bachok, Kelantan hancur kaki kiri dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.
Dia adalah antara tujuh orang yang masih dirawat di hospital itu, manakala 26 lagi telah dibenarkan pulang selepas dirawat sebagai pesakit luar, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mengulas kemalangan itu, Abdul Razak berkata, pemandu bas tersebut yang membawa 31 penumpang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, dipercayai hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian. - kosmo
excident pun menjadi2 je skrg ni.. nauzubillah..
ReplyDeleteYa Allah.. ada lagi ke accident bas. ish camne nihh...
ReplyDelete