Friday, November 26, 2010

(Gambar) Terkini Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Sarawanan Dakwa Dipaksa Mengaku Salah Lupus Bahan Bukti Pembunuhan

SHAH ALAM - Seorang pekerja ladang yang dihukum penjara tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memfailkan notis usul bagi mengemukakan bukti baru berhubung dakwaan berlaku paksaan untuk dia mengaku salah atas pertuduhan tersebut.

Dalam notis yang difail Rabu lalu menerusi peguam A. S Dhaliwal, K. Sarawanan, 19, mendakwa dia dipukul, disepak pada kemaluan dan diugut sehingga menyebabkan dia berbohong mengaku telah melakukan kesalahan tersebut.


Oleh itu, Sarawanan memohon supaya Mahkamah Tinggi di sini memanggil dan memeriksa rekod prosiding yang berjalan di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting dekat sini bagi tujuan memastikan kebenaran, kesahihan dan ketepatan sepanjang prosiding tersebut. - kosmo

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!