Saturday, November 13, 2010

(Gambar) Putera Jefri Bolkiah Beri Kunci Istana Kpd Peguam Britain

Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memberikan kunci sebuah istananya kepada seorang peguam Britain dan isterinya sebelum mendapati mereka menyelewengkan wang miliknya melebihi AS$7.25 juta (RM22.4 juta), menurut perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Manhattan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.


Peguam, itu Thomas Derbyshire dan isterinya, Faith Zaman dituduh memulakan penipuan untuk melesapkan wang Putera Jefri sebanyak AS$5 juta (RM15.4 juta) bagi membeli beberapa kediaman di California selepas mereka diberi kepercayaan untuk menguruskan empayar perniagaannya.

"Beliau (Putera Jefri) memberikan kunci-kunci 'istananya' kepada defendan (Derbyshire dan isterinya) tetapi mereka mengkhianati kepercayaan itu dengan melesapkan wangnya," kata peguam, Linda Goldstein yang mewakili Putera Jefri. Putera berusia 56 tahun itu pernah memiliki lebih 2,000 buah kereta, 600 kediaman, sembilan pesawat dan lima buah bot.

Pasangan peguam itu bagaimanapun, menyangkal tuduhan terhadap mereka dan menyaman balas Putera Jefri sebanyak AS$11.94 juta (RM36.8 juta) kerana mendakwa beliau belum melunaskan bayaran yang dijanjikan sebelum ini. Kedua-dua peguam itu diberhentikan pada 2006 apabila Putera Jefri menuduh mereka mengkhianatinya.

Derbyshire, 43, dilahirkan di Bootle, Merseyside, barat laut England dan merupakan peguam jenayah dengan pendapatan kelapan tertinggi di Britain iaitu sekitar AS$1.07 juta (RM3.3 juta) setahun. Dia menetap bersama isterinya, Faith Zaman, 34, di Hampstead, London Utara. - kosmo

--  SULTAN BRUNEI DAN AZRINAZ BERCERAI
--  Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong
--  Hak Anak - anak Azrinaz Kekal (Gambar)

3 comments:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!