Monday, November 8, 2010

(Gambar) Kemalangan Persona Treler Terbakar 4 Rentung Di Km 119 Jln Kuantan-Segamat

MUADZAM SHAH - Empat sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan mati rentung apabila kereta Proton Persona dinaiki mereka terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lori treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di sini malam kelmarin.

Mangsa yang maut ialah pesara Jabatan Kerja Raya, Md. Sharif Nani, 61; isteri, Marinah Kambas, 60; dan Patimah Ramli, 46, yang juga adik ipar Md. Sharif. Patimah merupakan bekas wartawan Berita Harian.


Anak saudara Md. Sharif yang memandu kereta Proton Persona, Rosli Mat Isa, 28, seorang pekerja kilang turut maut di tempat kejadian. Kesemua mereka berasal dari Taman Ayer Keroh, Melaka. Bagaimanapun, dalam tragedi pada pukul 10.30 malam itu, pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anak Rosli, Rozlan, 18, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, semasa kejadian kereta Proton Persona dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas mengikuti rombongan pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu. "Ketika kejadian hujan lebat dan kereta Proton Persona itu menuruni bukit. "Kereta terbabit dipercayai memotong sebuah lori diekorinya sebelum ia hilang kawalan," katanya ketika dihubungi semalam. - kosmo

1 comment:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!