Tuesday, November 16, 2010

(Gambar) 2 Sahabat Maut Digilis Kereta Api Di Km 733.5 Kg Maju Jaya Johor

KULAIJAYA 14 Nov - Dua sahabat yang dipercayai melepak di landasan kereta api maut digilis dalam kejadian di Kilometer 733.5 landasan kereta api Johor Bahru-Kulai di Kampung Maju Jaya, Senai di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 malam itu, mangsa, Mohamad Syaril Basseri, 18, dan rakannya, Johari Jumbrey, 31, dipercayai berehat di landasan terbabit selepas makan bersama di gerai berhampiran.


Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Beliau berkata, sejurus kejadian, pemandu kereta api terbabit segera menghubungi pegawai bertugas di Stesen Kereta Api Kulai dan memaklumkan dia melanggar sesuatu sebelum menghubungi polis.

"Ketika kejadian kereta api Senandung Ekspress Mutiara itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, sebelum menggilis dua sahabat terbabit. "Hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian sering dijadikan tempat melepak di kalangan remaja yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Kes tersebut, katanya, diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Menurut Zulkefly, kedua-dua mangsa tinggal di rumah saudara masing-masing di Kampung Maju Jaya. Mohamad Syaril berasal dari Felda Tenggaroh, Mersing manakala Johari merupakan pemuda yatim piatu dari Taman Perling. - kosmo

2 comments:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!