Tuesday, October 12, 2010

Polis Rogol Anak Polis Di Kuarters IPD Kena Jel 20 Tahun, 6 Sebatan

MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu. Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.


Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis. Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya.

Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.

Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya. - hmetro

6 comments:

  1. apa punya orang..dahlah bodoh, menyusahkan hidup orang! wat malu pdrm jer.

    ReplyDelete
  2. iskk. bodo tol mamat tu. sia2 je tau pasal kanun keseksaan

    ReplyDelete
  3. ni lah dia, harapkan pagar, pagar makan padi...huhuhu
    saper lagi yg boleh diharap, ingatkan selamat ler dah bapak polis, duk plak kat kuarters polis..upenya idokkk..haha

    ReplyDelete
  4. inilah hukum karma namanya.
    yang baik dibalas baik manakala yang jahat tak akan terlepas dari hukuman...

    ReplyDelete
  5. tu aaa pagar tokleh harap dah skrg ni..huhu...

    ReplyDelete
  6. molek lah dihukum pon..Allah bg akal x reti bepikir..ikut napsu serakah jek

    elok disebat montot smpai tetanggal kulit2 ngn daging tuh

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!