MUAR: “Saya terkejut mendapati wajah Alysa bertukar kebiruan lalu memanggil mak untuk membantu. Mak menjolok mulutnya menggunakan jari bagi mengeluarkan objek terbabit tapi gagal,” kata Asniza A Rasid, 24, ibu kepada Alysa Khairul Azhar, 10 bulan, yang dipercayai tercekik bateri dalam kejadian di Kampung Parit, Kampung Bukit Pasir.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Jumaat lalu, Alysa dikatakan sedang bermain dengan abangnya yang berusia empat tahun, Mohd Hanafi, serta seorang anak jiran di ruang tamu rumah nenek mereka apabila tiba-tiba dipercayai dia tertelan bateri sel kering bersaiz AAA.
Menceritakan kembali detik cemas itu, Asniza berkata, dia sedang menyidai pakaian di luar rumah apabila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menangis sekuat hati dalam keadaan luar biasa. Saya terdengar tangisan kuat dan syak berlaku perkara tidak diingini lalu meluru ke dalam rumah dan melihat dia (Alysa) seperti tersedak sesuatu dan menangis dengan kuat,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Berdasarkan perbualannya dengan Hanafi serta anak jiran, Asniza mengetahui bahawa Alysa tertelan bateri.
Menurutnya, Alysa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) untuk rawatan tetapi bateri terbabit tetap gagal dikeluarkan. Alysa menjalani ujian X-Ray empat kali di HBP dan doktor mendapati objek yang ditelan itu sudah berada dalam perutnya. Anak saya dipindah ke HPSF akibat ketiadaan pakar serta kemudahan. Dia dihantar ke HPSF jam 7 malam pada hari sama dan dimasukkan ke dewan bedah dua jam kemudian untuk mengenal pasti objek ditelan.
Hasil pemeriksaan, ia disahkan bateri dan sehingga semalam, anak bongsu daripada empat beradik itu masih ditahan di wad di pusat perubatan berkenaan untuk mengeluarkan bateri terbabit. - hmetro
mcm2 hal...takut lak..jenis anak2 yg suka menutip ni bahaya..rumah salu kene sapu..
ReplyDeleteisk takutnya baco berito ni
ReplyDeletetakut nye nak biarkan baby main sorang2..
ReplyDeletebende2 mcm ini boleh dielak kalau rumah tu dijaga rapi!! nie tidak, segala mak nenek barang2 bersepah, senang untuk budak kecil kutip and ape lagi, telan la!!! sedih tgk budak kecil tu......oh lord!!
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.orang muar! hehe.
ReplyDeletebila ada anak ni sebenarnya tak boleh leka sikit pun. sesaat je pun, macam-macam boleh jadi. yang paling saya takut, budak termasuk dalam baldi.selisih!
salam singgah..baru malam td bermain2 kat kepala sy, kalaulah bateri yg anak sy duk bermain tu dia tertelan camne la ye..nauzubillah..
ReplyDeletetup2 ari ni baca kes ni ade budak terkena..mmg seram sejuk jdnyeeee
erkkk takutnya...najlaa dari kecik mmg lela ajar jgn masukkan brg dlm mulut. tapi kan mmg kena berhati2 even dah ajar skalipun..malang tak berbau
ReplyDeleteKesiannya..
ReplyDeletemoga2 selamat la kan kak..
ngeri nye baca..kesian baby tu, teringat si kecik kat umah tu pon pantang dpt bateri, tp mmg menangis jelah lepas bateri tu di rampas oleh ibunya yg mcm singa..hehe
ReplyDeletebudak2 jgn dibiar main sendiri...bahaya.
ReplyDeleteanak2 skang ni,cepat je benda2 dicapai masuk dalam mulut..
ReplyDeletepenjaga kena betul2 awasi la..kalau leka sket je,mcm ni le jadinya..