Wednesday, September 29, 2010

Darling Mengaku Guna Dokumen Palsu, Diarah Bayar Denda RM15Ribu Atau Penjara 3 Bulan


Kuala Lumpur 29 Sept: Pelakon dan penerbit, Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Darling diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Hukuman itu dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Jagjit Singh selepas menerima pengakuan salah Darling terhadap pertuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya pada Rabu. Pada penghakimannya, Jagjit berkata, beliau telah mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan secara panjang lebar oleh peguam Darling dan juga balasan pihak pendakwaan.

"Antara perkara yang saya pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor bahawa tertuduh adalah pesalah pertama yang telah insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan ini lagi," tambahnya. Darling, 27, kelihatan tenang semasa hukuman dijatuhkan. Dia hadir dengan ditemani suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Terdahulu, peguam A. Khailes merayu mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Darling yang sedang mengadung dua bulan. "Tertuduh mengalami tekanan disebabkan kes ini. Dia tidak mendapat kontrak lakonan baru dan menjalani kehidupan sebagai suri rumah tangga sementara kes selesai," katanya. - Baca seterusnya di Mstar

2 comments:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!