Kota Bharu: Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi.
Adik-beradik kepada kanak-kanak (foto) yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka.
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini. Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu. - bharian
- Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu. Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.
Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka. “Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.
“Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,” - Utusan
- Semoga roh Mohd Adam dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
ya Allah...sedihnya
ReplyDeletesungguh mengerikan...kesian sangat anak kecil itu disembelih sekejam itu.Harap anaknya yg x berdosa itu tenang di sana..
ReplyDeletesalam kenal..
ReplyDeletesaya xle bace n tgk mana citer2 gini..mmg menyayat hati.pokoknya..org gila/xsiuman/xwaras jgn diletak kt umah..pi letak kt spital..kita xduga perkara yg dia akn buat...
p/s:sekadar pandangan
saya xchange link yer...byk info sini..tq
sakit jiwooo!!!
ReplyDeletemeh la anok tu kalu x sir jago gak!!!
haihh..emo lak aihh..
Astagfirullahalazim...
ReplyDeletengerinya kak..
nauzubillah..
ngeri dgr... sian kt anak yg x berdosa tuh... smoga arwah adik adam tenang di sana... Al-Fatihah..
ReplyDeleteAl-fatihah..
ReplyDeletesemakin banyak pulak kejadian bunuh yang di sebabkan oleh masalah mental berlaku sejak akhir2 ni..
aduhai mcm2 hal nowdays
ReplyDeletesbb tu ler dlm Islam syarat wajib nk pilih suami/isteri mestila waras..bukan gile..