Thursday, August 19, 2010

Sessi Bergambar Dato Siti Nurhaliza Dan Dato Syarifah Aini Berbaik

Setelah 6 tahun konfrontasi, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza akhirnya dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas bersempena Aidilfitri. Sebenarnya usaha mengadakan sesi fotografi ini dimulakan oleh Editor majalah URTV, Huzz. Pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian juga turut mengusahakan sesi pertemuan kedua-dua bintang bersuara merdu itu.

"Siti tak pernah berdendam atau simpan apa-apa perasaan selepas melalui semua ini dulu. Bila ia selesai, Siti pun anggap semuanya selesai dan memulakan semua yang baru," kata Dato Siti.
"Saya sedih sangat dalam sesi hari ini. Bila Siti lentukkan kepala ke paha Kak Pah, Kah Pah tak boleh tahan air mata. Sedih sangat. Kak Pah rasa Siti juga rasa perkara yang sama bila kami bertemu hari ini. Kami ini mangsa keadaan. Kerana ada pihak lain yang melaga-lagakan, sampai enam tahun kami tak berjumpa. Kak Pah harap jangan ada pihak yang cuba melaga-lagakan dan mengeruhkan kejernihan yang ada ini. Kak Pah tak pernah simpan dendam dengan apa yang sudah berlaku," kata Dato Sharifah Aini. - ManggaOnline.

2 comments:

  1. eloklah tu sempena bulan yang mulia nih berbaik lah kita semua yer

    ReplyDelete
  2. yangbaik: btul tu..

    tq2 sudi dtg blog ni..

    ReplyDelete

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!