Monday, August 23, 2010

Seks Dalam Kereta

Alor Setar: Kehadiran Ramadan yang mulia ini seolah-olah tidak membawa sebarang makna bagi pelacur dan pondan serta pelanggan mereka yang kebanyakannya beragama Islam apabila tidak segan silu melakukan tawar menawar di lokasi baru mereka di perkarangan Stadium Darulaman.

Seorang pelacur menunggu pelanggan di pekarangan Stadium Darulaman (foto).

Pelacur dan pondan terbabit dipercayai baru menjadikan pekarangan stadium itu sebagai `port' mereka berikutan kawasan lama di sekitar Stesen Keretapi Alor Setar kini dibangunkan untuk projek landasan elektrik berkembar Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Tinjauan malam kelmarin juga mendapati kira-kira 20 pelacur dan pondan berusia antara 20-an hingga 40-an berlegar di situ mencari pelanggan yang kebanyakannya datang dengan kereta dan motosikal. Apa yang dikesalkan mereka kebanyakannya beragama Islam itu sedikit pun tidak rasa bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di bulan yang mulia ini, termasuk pelanggan mereka yang ketagih seks dan tidak dapat membendung gelodak nafsu serakah, walaupun di bulan puasa ini.

Pelacur dan pondan yang berpakaian menjolok mata itu dilihat menunggu di kawasan yang agak gelap di situ dan akan melakukan tawar menawar apabila ada pelanggan sama ada berkereta atau bermotosikal datang. Sebahagian mereka bertindak berani apabila dipercayai melakukan seks oral di dalam kereta pelanggan tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang di situ, selain ada yang dibawa pelanggan menaiki kenderaan ke lokasi tertentu dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Mereka mungkin menuju ke kawasan sunyi dan gelap di sekitarnya untuk melampiaskan nafsu serakah di dalam kereta kerana kebanyakan kenderaan terbabit dilihat membawa pelacur atau pondan terbabit tidak lama, sebelum menghantarnya semula ke situ. Difahamkan, pelacur dan pondan terbabit mengenakan harga antara RM20 dan RM40 untuk sekali perkhidmatan, manakala untuk seks oral pula bayarannya boleh dibincang.

Seorang pengunjung, Ahmad Shafie, 54, berkata dia tidak menyangka ada kegiatan pelacuran di perkarangan stadium itu kerana ia adalah lokasi tumpuan ramai, terutama dengan adanya bazar lewat pagi dan gerai menjual pakaian untuk Aidilfitri ini. "Saya datang bersama keluarga untuk membeli-belah sempena Aidilfitri dan terkejut apabila mendapati sekumpulan wanita dan pondan berpakaian menjolok mata berlegar di tempat letak kereta di situ, katanya. - bharian

-- Budak 14 Tahun Dirogol Bergilir Gilir 8 Lelaki (Gambar) 
-- Guru Dirogol Rakan Sekerja Di Rumahnya Di Sabak Bernam
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

10 comments:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!