Sepanyol menewaskan Paraguay 1-0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Ellis Park sebentar tadi untuk bertemu Jerman pada perlawanan separuh akhir.
Penyerang Sepanyol, David Villa (kanan), menjaringkan gol kemenangan menentang Paraguay, perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AP
Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan David Villa pada minit ke-83.
Paraguay sepatutnya mendahului juara Eropah itu pada minit ke-41 tetapi jaringan Nelson Valdez dibatalkan kerana beliau dikatakan ofsaid.
Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua dan Paraguay sekali lagi terlepas peluang untuk mendahului Sepanyol apabila sepakan penalti Oscar Cardozo pada minit ke-59 diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas.
Seminit kemudian, Sepanyol pula mendapat sepakan penalti dan Xabi Alonso mudah merembat masuk tetapi pengadil mengarahkan sepakan diambil semula kerana pemain Sepanyol terlalu awal memasuki kotak penalti.
Percubaan kedua Alonso ditampan penjaga gol Paraguay, Justo Villa, untuk mengekalkan kedudukan 0-0.
Namun, Villa sekali lagi menjadi wira Sepanyol apabila merembat masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit.
No comments:
Post a Comment
TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!