Saturday, July 10, 2010

Cut Tari Akhirnya Mengaku Terlibat Dlm Video Seks Ariel

JAKARTA 9 Julai - Sehari selepas memohon maaf kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan masyarakat Indonesia atas penyebaran laporan berita mengenai video pornografi yang membabitkan mereka, artis Cut Tari dan Luna Maya hari ini dijadikan suspek dalam kes itu oleh polis Indonesia.
 
Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek iaitu artis Ariel Peterpan. "Setelah melakukan penyiasatan saksi pakar, maka sejak semalam penyiasat telah meningkatkan status Cut Tari dan Luna Maya menjadi suspek pelanggaran pornografi," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Edward Aritonang di sini hari ini.
Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu. Ariel, Cut Tari dan Luna Maya dikaitkan dengan undang-undang pornografi dan jenayah kerana disyaki menjadi pelaku manakala sembilan suspek lain pula disabit dengan undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik kerana menyebarkan bahan itu.

Dalam permohonan maafnya semalam, Cut Tari dengan linangan air mata sekaligus mengaku berzina dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya yang turut hadir pada sidang media tersebut.
Namun Luna Maya dan Ariel masih belum membuat pengakuan mereka.

Suami Cut Tari, Jusuf Subrata memberitahu media bahawa beliau tetap menyokong isterinya dan menyangkal adanya isu perceraian antara mereka. dan mengulangi perbuatan mereka. Mengenai tidak adanya pengakuan daripada artis terbabit, Aritonang berkata polis tidak memerlukannya kerana pembuktian undang-undang sudah mencukupi.

Presiden Susilo dalam komennya terhadap permohonan maaf artis terbabit semalam menyampaikan kenyataannya melalui jurucakapnya Julian Aldrin Pasha bahawa: "Komitmen Presiden untuk menegakkan undang-undang adalah jelas, bahawa siapa saja yang terbukti bersalah harus diproses oleh undang- undang secara tegas dan proporsional. Sebaliknya bila tidak terbukti maka harus dipulihkan nama baik dan harga dirinya," kata Julian. - BERNAMA - utusan

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!