KUALA LUMPUR 19 Julai – Polis meminta orang ramai supaya tampil membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 11.5 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), arah selatan, dekat sini Jumaat lalu. Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Beranang, apabila motosikal mangsa, G. Balan, 37, dirempuh dari belakang oleh kenderaan terbabit.
GAMBAR kiri dari rakaman CCTV menunjukkan sebuah lori pick-up dan beberapa buah motosikal melalui lebuh raya di Kilometer 11.5 Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) arah Selatan, kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.
Balan kemudian diseret sejauh beberapa meter mengakibatkan mangsa yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Pemandu lori itu bagaimanapun tidak berhenti dan melarikan diri setelah menyedari kejadian tersebut.
Gambar memaparkan penunggang motosikal yang berada di belakang jatuh dipercayai dilanggar oleh lori tersebut yang berlalu pergi. Penunggang motosikal itu maut.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar ketika dihubungi hari ini berkata, sehingga kini, pemandu lori terbabit masih tidak membuat sebarang laporan. Beliau berkata, ketiadaan laporan pemandu lori dan saksi yang tampil menyalurkan maklumat menyukarkan siasatan kes berkenaan. Katanya, siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian. - utusan
huhu..ngeri...hope dpt la tangkap si pemandu lori yg langgar then lari tu, kejam! haishh..
ReplyDeletebagus bagus pangai pemandu lori tuh...rasa la kau bila dah kena tangkap nanti.. biasssaaaa dia ekkhh...!!!
ReplyDeletekalau image ni lebih sharp, maybe kita bole nampak plet no lori tu kan?
ReplyDeleteerk...kat LEKAS ada cctv yerk.... bagus2... woiiii driver! dah langgar ko larik yerkkkk! ko nak mampos ke apa?
ReplyDeletemamalieyna: tu la kan..jahat btul..
ReplyDeletemimie: mana nk lari bila dh ada picca cmtu.. mesti jmp lah pastu..huhu..
ReplyDeleteSyida: btul tu..cctv boleh zoom kan..
ReplyDeleteAmy: sabar2.. jgn marah2, awak tu pengantin baru..hehe..
ReplyDelete