Wednesday, July 7, 2010

6 kereta peronda polis terpaksa kejar wanita larikan kereta JPM

TELUK KEMANG 6 Julai - Tak serik. Jika dahulu, wanita ini pernah melarikan kereta milik Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas ditangkap dalam satu kes khalwat pada Jun lepas, kali ini, kereta dipercayai milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) pula jadi mangsa.

ANGGOTA polis memeriksa keadaan kereta Jabatan Perdana Menteri yang terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit selepas dicuri suspek yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di Batu 11 Jalan Pantai, Port Dickson, semalam

Namun tak semudah yang disangka ekoran polis terpaksa mengejar suspek hampir satu jam dari Melaka sebelum wanita itu ditahan di Kilometer 17.7 Jalan Pantai, Port Dickson di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam itu, suspek berusia 26 tahun berjaya ditahan apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok kelapa sawit. Wanita tersebut bertindak agresif dengan melanggar sekatan jalan sehingga memaksa enam kereta peronda polis dikerah bagi menahan suspek yang memandu kenderaan Proton Waja itu dengan kelajuan melebihi 100km/j dari Melaka.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, suspek yang memandu bersendirian turut melanggar kereta polis yang mengadakan sekatan di Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru, Melaka sebelum menghala ke Pasir Panjang, Port Dickson. "Bagaimanapun, kami berjaya menahan suspek setelah kereta yang dipercayai dicuri itu terbabas dan tercampak ke seberang jalan selepas melanggar pokok kelapa sawit di Batu 11 Jalan Pantai dekat sini. - Petikan: bharian

-- Perhhh.. 'Hebat' btul itu pompuan daaaa...

6 comments:

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!