Monday, June 28, 2010

Syakir Akui Tersingkir Imam Muda

 
Bergelar pelajar paling muda tentunya sedikit sebanyak memberi cabaran tersendiri kepada individu yang terpaksa bersaing dengan senior yang lebih berpengalaman.

Namun perkara itu tidak sedikit pun melemahkan semangat calon Imam Muda, Ahmad Syakir Zamri atau Syakir yang berasal dari Machang, Kelantan.

Pelajar SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan yang kini dalam persediaan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mengakui kadang-kala berasa rendah diri apabila berdiri dengan calon-calon Imam Muda yang lain.

Dia yang mengakui terasa seperti akan disingkirkan kerana tidak dapat menjawab soalan dengan baik ketika sesi penilaian dilakukan.

Bagaimanapun, Syakir berharap hasratnya untuk bergelar Imam Muda akan tercapai walaupun tersingkir awal dan merasakan masih jauh perjalanan yang harus ditempuh untuk bergelar Imam.

“Saya masih muda dan masih banyak ilmu yang perlu saya pelajari agar ilmu di dada lengkap untuk menjadi seorang Imam, Insya-Allah, jika Allah SWT mengizinkan saya untuk menjadi Imam, saya pasti akan menjadi Imam kelak,” katanya yang berhasrat untuk meneruskan pengajian STPM yang tertangguh dan berhasrat untuk belajar lebih tinggi lagi.

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). - SinarHarian

No comments:

Post a Comment

TQ!!! PLEASE COME AGAIN!!!!