Saturday, June 26, 2010
Saksi khalwat Norman-Memey tukar kenyataan
KUALA LUMPUR 25 Jun – Seorang penguat kuasa agama yang menangkap pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza setelah disyaki berkhalwat, akhirnya hari ini menukar keterangannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini bahawa dia adalah saksi yang boleh dipercayai.
Rezman Abdullah, 40, berkata sedemikian ketika disoal oleh Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim.
Muhamad Nazri: ‘‘Adakah kamu bersetuju dengan keterangan sebelum ini bahawa kamu seorang pelukis pelan lakar yang tidak boleh dipercayai?’’
Rezman: ‘‘Tidak bersetuju.’’
Sebelum itu, kredibiliti Rezman sebagai penguat kuasa selama 15 tahun telah dipertikaikan oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan apabila dia gagal menjawab soalan dengan betul berhubung seksyen yang digunakan untuk mendakwa Memey.
-- Petikan utusanonline.
bila la nak abis kes dorg nie kan kak.. haihh!!
ReplyDeletekahwin je le, udah jodoh dorg..
ReplyDeleteEna: tu la kan.. sekejap begitu sat begini..
ReplyDeleteumialya: cadangan yg bagus tu..hehe..
ReplyDeletetq sudi dtg sini..