KUALA LUMPUR: Kes pelakon dan bekas model, Badrul Muhayat  Ahmad Jailani, yang menghadapi pertuduhan mencederakan isterinya, akan  disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang di sini, pada 12 Julai  depan.
Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani menetapkan tarikh itu selepas  peguam Abdul Rashid Tasin, yang mewakili Badrul Muhayat (gambar)  memohon tarikh baru untuk anak guamnya berbincang dengan pengadu yang  juga isterinya, Julia Daud untuk mencari penyelesaian berhubung kes  berkenaan.
Sebelum itu, Badrul Muhayat, 42, yang berkemeja biru mengaku tidak  bersalah atas tuduhan mencederakan isterinya selepas jurubahasa mahkamah  membacakan pertuduhan pindaan terhadapnya.
Pengakuan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Nor Husnita Mohd  Radzi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima arahan  dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang diwakili Ketua Unit Jenayah Am  dan Seksual Bahagian Pendakwaan, Shahidani Abd Aziz untuk mengemukakan  pertuduhan pindaan itu. - mstar
-- X macho la pukul bini, bro!!!!
4 comments:
mamat ni tak habis2 masalah ngan bini...huhuhu
harap muka je boleh tahan.. tapi tangan naik kat badan bini buat apa.. buduh..
Niza: huhu ..ntah apa masalah daaa...
mimie: tau xpe..huhu..
Post a Comment