FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia semalam.
England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi.
Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan gol. Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di Bloemfontein.
Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City.
Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada minit ke-26.
Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka untuk membantah..- AP
argentina vs jerman lah nampaknye..
ReplyDeleteKf: tu lah nmpknya...
ReplyDelete