Thursday, December 20, 2018

Seribu Rindu Episod Akhir

Drama Seribu Rindu episod akhir menemui penonton pukul 7 malam 19 Disember 2018. Tokma Maisarah meninggal dunia ketika tido. Sarah menelefon Irfan maklumkan berita sedih itu. Irfan pula bgtau Husin ayah Sarah.

Airel dpt tahu melalui grup whatsapp alumni mereka. Dlm masa yg sama, Damia isteri Airel mendapat keputusan ujian DNA mengesahkan bayi dilahirkannya sah anak Airel.

Irfan dan Husin balik kg utk menguruskan jenazah Tokma. Airel juga mengambil cuti dan pergi ke kg Sarah. Mereka bertiga bertemu di perkuburan.

Irfan dan Sarah bergaduh lg tapi akhirnya saling bermaafan. Airel pula berkahwin semula dgn Damia. Mereka meneruskan kehidupan bersama pasangan masing2 dan diceriakan lg dgn kehadiran cahaya mata.

#seriburindu #zulariffin #fadlan #tv3 #dramatv3

Saturday, December 8, 2018

Gambar Sekitar Himpunan 812 ICERD

Majlis Kesyukuran Penolakan Ratifikasi ICERD berlangsung 8 Disember 2018 di lokasi tumpuan ibu kota Kuala Lumpur.




Antara gambar2 sekitar perarakan itu.






Dilaporkan ratusan ribu yg menyertai perhimpunan tersebut.

Wednesday, December 5, 2018

Kelantan Cuti Peristiwa 9 Disember 2018

*KENYATAAN MEDIA YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN*

*PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA NEGERI KELANTAN PADA 9 DISEMBER 2018*

Sempena dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.

InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.

*YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB*
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018