Monday, February 13, 2017

Taman Jubli Perak Tempat Bakar Lemak Di Petang Hari

Cuti weekend biasalah kuar meronda dengan family terchenta kan. Lepas asyik makan je keje nya, kita bakar lemak la plak kononnya. Sesi lompat bintang bersama kanak-kanak riang ni kadang2 dekat dua jam jugak baru rasa letih nak balik. Yang tak tahannya, mama papa dorang dah lenguh kaki tapi anak2 masih aktif jalan san sini. Redha je lah..huhu..

Taman Jubli Perak Sp ni memang ramai, nak parking pun kena tengok masa gak, kalau nasib baik sekali pusing je dah boleh park, tu pun jenuh cilot kih3.. Si kembar Husna Hanis ni dah makin suka bergambar, kalau dengar kata nak snap pic, terus posing baik punya. Suka tengok telatah dorang ni, macam2 warnai suka duka perjalanan hidup kami. Alhamdulillah.

Thursday, February 9, 2017

Nasi Lemak Ayam Goreng Di Hari Cuti Thaipusam

Assalamualaikum.. Kedah cuti Thaipusam hari ni. So pagi tadi aura rajin memasak muncul awal skit untuk sarapan kanak-kanak riang kat umah. Simple je pun nasi lemak ayam goreng dan telur rebus tanpa ikan bilis sebab doktor advise kurangkan makan ikan bilis.

Ni dia..boleh la buat bekal tenaga untuk 'berfoya foya' di hari cuti ni kan sementara tunggu lunch plak. Esok sambung terus cuti weekend Jumaat Sabtu, bestnya.. Happy holiday uolls.

Tuesday, February 7, 2017

Amanjaya Mall Di Hujung Cuti Sekolah CNY

Gambar ni throwback masa cuti sekolah sempena Chinese New Year 2017 minggu lepas. Amanjaya Mall atau Cmart Sg Petani jadi tempat favourite event yang besar di Sp ni sebab kawasan agak baru dan luas. Kalau uolls singgah sini, make sure parking elok2 dalam petak yang disediakan ye atau nanti dapat surat 'cinta' saman parking huhu. Nak selamat n mudah parking je dalam mall.







Tahun Ayam CNY ni, ramai yang nak snap pic kat situ sekadar suka2, ikut turn jugak la nak dapat angle yang clear kan. Lepas tu sambung naik tingkat atas, makin happy la Kakak, Husna n Hanis tu nampak mainan.

Straight je dorang ke situ.. Main la nak, semoga jadi antara moment indah untuk diingati sebagai adik beradik bila besar nanti.

Monday, February 6, 2017

Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum. Sape peminat bubur kat sini? Hanya 'hantu' bubur saja yang tahu nikmatnya makan bubur kan..hehe. Ni nak citer menu dinner semalam beb. Bubur pulut hitam yang super duper mablesss ni jadi menu utama semalam sebab masa siang tu kami anak beranak dah banyak belasah nasi, so agak x berapa menggiurkan lah tengok nasi. (Kononnya lah) :-)

Share gambar je lah ya, kalau ada yang nak resepi or cara buat bubur camni, jangan risau tanya je Mr Google mesti berduyun kuar dari A to Z kan. Maaf lah kalau ada yang terliur tengok pagi2 camni..kih3.

Saturday, February 4, 2017

Menu Lunch Di Hari Cuti

Assalamualaikum my friends. Dah lunch ke uolls? Menu apa hrini? Kat sini simple je, ayam goreng, tomyam n kacang goreng dah clean n clear pun..hehe. Alhamdulillah. Masak2 sementara tunggu Kakak balik tuition, So petang skit la baru kuar harini.

Masak hari cuti makin seronok sebab ada pembantu dua orang sape lagi kalau bukan si kembar Husna n Hanis tu. Dorang pun sibuk kat dapur nak tolong potong bawang la, hiris kacang la tapi dengan pisau mainan dorang la. Mungkin moment macam tu buat lebih banyak sel sel berhubung kan..:-)

Happy weekend uolls.

Friday, February 3, 2017

Rezeki Balik Kampung

Assalamualaikum.. Balik kampung cuti sekolah hari tu dapat jumpa semua adik beradik. Kakak Hanim, si kembar Husna dan Hanis pun bukan main seronok dapat jumpa makcik pakcik, tokma tokbah dorang. Boleh lupa sekejap mama papa ni, nak g mana2 pun xpe janji tinggal dorang dengan 'dayang-dayang' tu hehe..

Ni lah hasil 'tangkapan' balik kampung. Hadiah daripada makngah dorang. Macam2 dibagi nya. Alhamdulillah. Terima kasih k.ngah. Semoga makin murah rezeki.

--  Aeon Mall Kota Bharu Di Hari Cuti

Wednesday, February 1, 2017

Harga Minyak Naik Lagi Ron95 Kini RM2.30 Ron97 RM2.60

Assalamualaikum my friends. Hari ni 1 Februari datang dengan berita agak dukacita harga petrol RON 95 dan RON 97 naik lagi 20sen, Diesel juga naik. Di saat segala benda boleh kata mengalami kenaikan harga sekarang ni, ditambah plak dengan terbaru ni pasti menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah terutamanya golongan pendapatan rendah kan.

Memang la kata je minyak naik 20sen pun nak bising, tapi akan terkesan banyak perkara. Orang yang kerja jauh2 ulang alik dari umah ke tempat kerja mesti terasa kenaikan harga ni kan. Bertabah lah, semoga segalanya dipermudahkan untuk kita di hari mendatang.