ad ld

Wednesday, June 26, 2013

Jenazah Adun Kuala Besut Selamat Dikebumi

Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Teluk Bayu petang Rabu.

Antara yang mengiringi jenazah ialah Menteri Pendidikan Kedua, Datuk SeriIdris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut dan Menteri Besar Terengganu, DatukSeri Ahmad Said. Turut hadir menziarahi jenazah ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin PAS Datuk Husam Musa.

Lebih 1,000 penduduk hadir menziarahi jenazah yang disembahyangkan di Masjid Teluk Bayu. A. Rahman, 55, meninggal dunia pukul 10.18 pagi Rabu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kegagalan pernafasan selepas seminggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital itu. Beliau meninggalkan isteri Azizah N. Omar dan empat anak iaitu Mohd Zaihan, Mohd Razhan, Mohd Zaffuan dan Nurul Najihah.

Pada pilihan raya umum ke-13 bulan lepas, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail. Allahyarham kemudian dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam barisan exco kerajaan negeri Barisan Nasional. mstar

-- Adun Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru Paru (Gambar)
-- Ibu Siti Sarah Meninggal Dunia (Gambar)
-- Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia 2 (Gambar)

No comments: