ad ld

Tuesday, November 27, 2012

Che Lah Cantik Tersingkir Masterchef Malaysia 2 6 Terbaik 26.11.12

Che Lah dikenali dengan taglinenya,' Orang Cantik Pun Pandai Masak Tau' telah tersingkir dari persaingan Masterchef Malaysia 2 di hari ketiga minggu akhir program ini.

Che Lah dikatakan 'Penyeri' yang turut membantu menghidupkan lagi Masterchef dgn celoteh dan gelagatnya walaupun masih ada peserta yg lbh muda dan cantik seperti Etiqa, Izyan dan Nina.

Dua cabaran dilalui peserta dlm sessi ini dgn menyediakan satu masakan bebas dlm masa 30minit. Etiqa, Nina dan Izyan terselamat dlm cabaran pertama tapi Ah Hong, Che Lah dan Along terpaksa jalani cabaran penyingkiran dikehendaki sediakan satu sajian pantas dlm masa 15 minit.

Che Lah gagal dlm ujian ini dan tersingkir dgn meninggalkan 5 lagi peserta terbaik utk meneruskan persaingan merebut gelaran Juara Masterchef Malaysia 2.

- Che’ Lah bukan sahaja cantik dan pandai bergaya. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan seorang kontraktor dan penasihat kecantikan di salun kecantikan yang dijalankan di rumahnya sendiri. Bagi Che’ Lah, usia tidak menjadi penghalang untuk masih aktif bekerja dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik dan anggun.

Selalu disalahertikan kerana penampilannya yang cantik, Che’ Lah ingin membuktikan pada orang ramai yang orang cantik sepertinya mampu menghasilkan hidangan bertaraf lima bintang.

Pemilik nama sebenar Kasilah binti Paeng ini seorang yang berfikiran terbuka dan positif. Dia tidak kisah dengan mata-mata kasar yang memperkecilkan kebolehannya kerana dia tidak akan membenarkan krtikan pedas menjatuhkan semangatnya.

Che Lah yakin dengan pakej yang dimilikinya, dia mampu memberikan saingan yang sengit kepada peserta lain di dalam Masterchef Malaysia Musim kedua.

--  Nabil Ahmad Terkejut Isteri Bersalin Awal Tiga Minggu (Gambar)
--  Perkahwinan Pengantin 12 Tahun Nur Fazira Saad Dan Mohd Fahmi Mohd Alias 19 Tahun

No comments: