ad ld

Tuesday, September 20, 2011

Gambar Lelaki Bogel Ala Org Minyak Dicekup Di Flat Pinggiran Bt Caves

Seram ada, lawak pn ada tgk news ni lelaki Bogel ala org minyak kena belasah, ditangkap lps muncul berbogel dpn rumah penduduk di Pinggiran Batu Caves.


Tuan umah siap jerit, halau suh pergi tp dia still selamba telanjang sambil beraksi mcm bersilat dan baca ayat apa ntah, dipercayai pengamal ilmu hitam. Takut sehhhh.

- Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam. Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya. Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.

"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik. "Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak. "Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.

Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu. Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri. "Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian. - kosmo

-- Gambar Anak Erra Fazira, Aleesya Yg Makin Comel
-- (Gambar) Peragut Mati Tertonggeng Dlm Longkang

5 comments:

Gimi said...

fuh..nasib laki dia ada...

mamaarifakeemaisy said...

weiii seram weeh kalau berdepan ngn org gini...haih mintak simpang.ngee~

JMR said...

ilmu apalah yg mamat tu ngh praktik..

Ena said...

MasyaAllah..

mcm ilmu ajaran sesat je ni.. ajaran tak khatam lg kot.. baru nak testing..

Moga dijauhkan la kita dari kejadian org2 gini..

kurus said...

aduhhhh dikk mcm2 hal kan dunia skrg nie huhuhu memang seram di buatnya ...