ad ld

Friday, November 11, 2011

Chef Riz Mohon Maaf, Dinafikan Pernah Bekerja Di Restoran Babboo New York

Kredibiliti juri program televisyen Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz tergugat apabila pihak pengurusan sebuah restoran terkemuka di Amerika Syarikat menafikan anak kepada chef selebriti, Chef Wan itu pernah bekerja dengan mereka.

Penafian itu dibuat selepas Chef Riz, 29, dalam profil kelayakannya yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babboo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Astro dalam satu kenyataan semalam mengesahkan wujud kesilapan fakta dalam profil Chef Riz tersebut dan ia telah dikeluarkan dari laman web itu.

Chef Riz telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu," jelas kenyataan tersebut.

Restoran Babboo yang terletak di New York milik chef terkenal, Mario Batali. Pengarah Komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons e-mel kepada sebuah portal berita semalam menjelaskan Chef Riz tidak pernah bekerja dengan mereka. Pengurusan Le Bernardin pula setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Portal berita tersebut melaporkan Chef Riz ketika dihubungi semalam terkejut dengan penjelasan pengurusan restoran Batali itu dan akan merujuk perkara tersebut dengan mereka. kosmo

-- Gambar Nabila Cium Mulut ? : Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku
-- Shah Bunga Nikah 21 Isteri Dlm 9 Thn Utk Dijadikan Pelacur

2 comments:

kurus said...

adoii mcama2 lahhhh ...

shah said...

dia yg tipu ke restoran tu yg tipu?

voucher free subway