ad ld

Tuesday, February 22, 2011

(Gambar) Mastura Calon MPP UM Hilang Ditemui Lemah Di Bangi

Semlm kuar artikel Mastura dilapor hilang kan kat SINI, hr ni dh jmp dh..

- Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi. Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ.

"Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam. Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu mengenai lokasi Masturah berada, beliau sekeluarga terus menjemput anaknya di masjid berkenaan.

"Keadaan Masturah lemah dan tidak bermaya sebab tidak makan. Dia ditinggalkan di situ oleh seseorang selepas hilang sejak petang Sabtu lalu... dia anak yang baik dan saya percaya dia tidak buat perkara yang tidak betul," tambahnya. kosmo

-- (Gambar) Pemain Bola Perlis Dituduh Cabul Gadis 17 Tahun
-- (Gambar) Mengapa Bob Lokman Msk PAS? - Himpunan Pemuda PAS Kedah
-- (Gambar) Wanita Berbogel Jd Hos Program Masakan TV, Tarik Lelaki Minat Memasak!!!!

4 comments:

Anonymous said...

sgt2 kesian!

edane said...

kesiannya kan... apa nak di kata..

Mama Hanim said...

Lelaki Ini: mmg kesian dia..

Mama Hanim said...

etiey erywan: tu la kan.. x pasal2 jd cmtu..kesian dia..