ad ld

Thursday, November 4, 2010

Terkini Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil DUN Galas: BN Menang Majoriti 1,190 Undi

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti 1,190 undi.

BN yang diwakili Ab Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi sekaligus mengecewakan lawannya daripada PAS, Dr Zulkefli Mohamed yangmemperolehi sebanyak 4,134 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Galas,Wan Mustaffa Wan Abdul Hamid kira-kira pukul 8.45 malam Khamis di pusat penjumlahan undi di Dewan Pusat Sivik di sini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.


Allahyarham Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada BN dengan majoriti 646 undi.Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Paloh. DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina(2,317), India (185), bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27). - mstar

-- Keputusan Terkini PRK DUN Tenang N.5 : BN 3751, PAS 1599, Majoriti 2152

No comments: